Artikel Keempat (Rancangan dan Visi Pembangunan)
By : UnknownRANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
disediakan oleh : Azizi bin Ahaidan (19DIP14F1033)
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA(RMK-1)1966-1970
RANGKA
RANCANGAN RANGKA
PANJANG(RRJP)DAN RANCANGAN MALAYSIA(RM)
Peringkat
1
Rancangan
Malaya Pertama(RM-1)1956-1960
Matlamat rancangan Malaya pertama ialah
memajukan sektor luar bandar.Kerajaan
memperuntukkan RM 478.2 juta.Ia bertujuan menambahkan pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan
kadar kemiskinan.Selain itu,mempelbagai sumber negara supaya negara tidak
bergantung pada sektor ekonomi tertentu sahaja.Pada tahun 1953 RIDA dan FELDA
telah ditubuhkan bertujuan memajukan sektor ekonomi luar bandar..Felda
ditubuhkan untuk membuka tanah baharu untuk mempergiat sektor perladangan getah
dan kelapa sawit.Selain itu,penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin
dan berdaya ekonomi lemah di samping meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.Pengurusan RIDA dan FELDA diletakkan di bawah Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada 1959 yang berperanan
menyelaraskan pembangunan luar bandar.
RANCANGAN
MALAYA KEDUA(RM-2)1961-1965
Matlamat RM-2 ialah memperbaik kemudahan
asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar.Selain itu,menggiatkan lagi
projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA.FAMA
ditubuhkan pada tahun 1966 bertujuan
membantu petani memasarkan hasil pertanian mereka.
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA(RMK-1)1966-1970
Beberapa buah agensi kerajaan dilahirkan
di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti MARA,Bank
Bumiputera,MIDA,Lembaga Penasihat Tarif dan PERNAS.Tujuan penubuhan MIDA dan
Lembaga Penasihat Tarif untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti
tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968.Penubuhan MARA,Bank Bumiputera dan
PERNAS bertujuan menggalakkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang
perusahaan dan perniagaan.
DASAR EKONOMI BARU(DEB)
Rancangan pembangunan di bawah DEB
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan kemiskinan
dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum dan
menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.
RANCANGAN
MALAYSIA KETIGA(RMK3)1976-1980
Semasa pelancaran RMK-3 DEB masih dalam
pelaksanaan dan boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan
DEB.Beberapa program turut dirangka dan dilancarkan.Rancangan pembangunan
bandar baharu digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti
KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.
RANCANGAN
MALAYSIA KEEMPAT(RMK-4)1981-1985
HICOM ditubuhkan bagi menjalankan program
pembangunan perindustian.Antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan
HICOM ialah kilang simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sendirian
Berhad.Selain itu,kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh Perwaja di
Kemaman,Terengganu dan pembuatan kereta nasional,iaitu kereta Proton Saga oleh
Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad.
RANCANGAN
MALAYSIA KELIMA(RMK-5)
Matlamat utama RMK-5 adalah untuk
mencapai perpaduan negara,mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru dan mengecapi pertumbuhan yang dapat
menjamin kestabilan negara.Strategi RMK-5 yang pertama ialah meningkatkan
peranan sektor swasta melalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan dalam
aspek hak milik syarikat,pelesenan,dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong
persaingan.Syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan
industri.Strategi kedua ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri luar
bandar.
RANCANGAN
MALAYSIA KEENAM(RMK-6)1991-1995
Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat
ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing
ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan
dalam perkembangan ekonomi negara.
Memperteguh kedudukan hasil
kerajaan persekutuan.iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan
menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan
kewangan sektor awam.
RANCANGAN
MALAYSIA KETUJUH(RMK-7)1996-2000
Kemajuan ekonomi
Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) sebenar mencatat pertumbuhan purata
4.7% setahun,melepasi sasaran yang dikaji semula sebanyak 3.0%.Langkah
pemulihan ekonomi yang diperkenalkan telah meningkatkan pengunaan di samping
membendung tekanan inflasi.Kadar pengangguran terus kekal pada paras yang
rendah,manakala Indeks Harga Pengguna turun.Pelbagai agensi ditubuhkan bagi
menguruskan pinjaman belum berbayar(NPL),permodalan semula bank dan penyusunan
semula hutang korporat.
Pada akhir tahun 2000,pinjaman belum berbayar telah
dikurangkan pada 6.3% dari jumlah pinjaman berbanding dengan paras tertinggi
11.4% pada bulan ogos 1998.Nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan pula
meningkat pada 12.4% berbanding dengan paras terendah 10.1%.
Kemajuan sosioekonomi
Pembasmian
Kemiskinan
Program khusus bagi kawasan bandar
seperti penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah telah
memperbaik keadaan hidup golongan miskin di bandar.Bagi golongan termiskin
pertumbuhan ekonomi yang pesat sebelum pertengahan tahun 1997 dan perlaksanaan
secara giat Program Pembangunan Rakyat termiskin.
Penyusunan semula masyarakat
Melalui DEB
terdapat kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat,terutama penyusunan semula
guna tenaga dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Dari segi
pemilikan ekuiti korporat,peratusan hak milik korporat bumiputera telah
berkurangan dari paras yang dicapai pada tahun 1995.
Peringkat
3
RANGKA
RANCANGAN JANGKA PANJANG 2(RRJP2)
Matlamat utama RRJP2 ialah penurunan kadar
kemiskinan.Selain itu,penurunan kadar pengangguran dan pertumbuhan ekonomi
negara.Pada tahun 1991,kerajaan telah melancarkan wawasan 2020,(RRJP2),(RMK-6)
dan (DPN) DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
OBJEKTIF
Usaha pembentukan kebudayaan kebangsaan
Malaysia adalah bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
kebudayaan,memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari
kebudayaan kebangsaan dan memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
DASAR
BELIA NEGARA
Pembangunan belia hendaklah berasaskan
prinsip mengamalkan prinsip rukun negara,mempunyai semangat perpaduan dan
kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi,mempunyai sifat kepimpinan yang
matang dan bertanggungjawab,menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara,mempunyai
moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri dan
mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.
PELAN INTEGRITI NASIONAL
FALSAFAH
PIN
PIN adalah kesinambungan dan perterjemahan
falsafah,prinsip,dan matlamat yang hendak dicapai dalam perlembagaan
persekutuan dan rukun negara serta beberapa dasar strategi sebelum ini,di
samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru.
KONSEP
PIN ialah sebuah pelan induk yang
bertujuan memberikan hala tuju serta imbingan pada semua komponen atau sektor
masyarakat dan negara.PIN merupakan atu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk
pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum,lapisan dan
wilayah.Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor
dalam gerakan permantapan integriti.
OBJEKTIF
KHUSUS
Objektif khusus ialah memberi hala tuju dan
binbingan pada pelbagai sektor ,meningkatkan kesedaran,komitmen,dan
kerjasama pelbagai sektor ke arah usaha meningkatkan integriti,menggalakkan
semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong
perkembangan masyarakat sivil,menyumbang pada usaha mengukuhkan asas moral
masyarakat dan negara,serta meningkatkan kesejahteraan hidup anggota masyarakat
dan meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke-21.
GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI
PENDEKATAN
UMUM
Gerakan pemantapan intergriti
adalah satu gerakan menyeluruh dan berterusan yang berpandukan oleh prinsip dan
objektif PIN.Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dan sektor
negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN
serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk mencapai
cita2.
KOMPONEN
TERLIBAT
Keseluruhan komponen atau institusi
berikut terlibat dalam gerakan ini ialah keluarga,komuniti,masyarakat
sivil,sosiobudaya,agama,ekonomi,politik dan pentadbiran
MEKANISME
PELAKSANAAN
Bagi sektor swasta ,terdapat badan yang
mewakili kepentingan majikan seperti dewan perniagaan dan persatuan lain yang
boleh memainkan peranan ini.Badan pengawalan seperti Suruhanjaya Syarikat
Malaysia(SSM),Suruhanjaya Sekuriti(SC)dan bank Negara Malaysia (BNM)berperanan
untuk memastikan pematuhan terhadap undang2 dan peraturan yang ditetapkan untuk
sektor2 berkenaan.
Bagi komponen lain seperti keluarga
,komuniti,masyarakat sivil,dan sosiobudaya terdapat agensi dan Badan Bukan
Kerajaan(NGO)yang sudah sedia wujud dan yang boleh menjadi penggerak dalam
melaksanakan program integriti masing2.Pemantauan oleh mana2 agensi seperti
Pendaftar Pertubuhan,misalnya,perlu dilakukan secara berkesan.
Artikel Keenam (Memahami Perkembangan Agama Islam di Malaysia)
By : UnknownMEMAHAMI PERKEMBANGAN AGAMA DI MALAYSIA
disediakan oleh : Muhammad Hamimi bin Mazlan (19DMC14F1036)
Islam
adalah ad-din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang di dalamnya
akidah , amalan-amalan dan hukum yang berkaitan dengan rohani dan jasmani
setiap individu , masyarakat , agama , politik dan segala urusan hidup di dunia
dan akhirat . Mengikut al-quran dan as-sunnah , Islam bermaksud tunduk dan menyerah
diri kepada Allah S.W.T. serta mentaati-nya. Terengganu merupakan negeri melayu
pertama yang menerima Islam . Buktinya ialah batu bersurat bertarikh 1303
masihi dianggarkan Sultan Muzaffar Shah i dari Kedah yang memeluk Islam dan
menjadi raja melayu pertama Pada tahun 2000 , 60.4% daripada populasi Malaysia
mengamalkan Islam . Sebilangan Muslim muda , terutama yan dibesarkan
berlatarkan barat adalah Muslim separa mengamal. Mereka mematuhi amalan suci (
ramadhan ) , tidak makan daging babi tetapi mereka tidak menunaikan solat lima
waktu mahupun pergi ke masjid. Masjid menjadi kelaziman di merata tempat di
seluruh negara dan laungan azan dapat didengari dari kubah masjid 5 kali setiap
hari.
Masjid Putrajaya
Seterusnya agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha
Sakyamuni yang mungkin lahir pada kurun ke-5 masihi . Agama Buddha
telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama iaitu theravada , mahayana dan
vajrayana. Tujuan utama seseorang menganut Buddha untuk menamatkan segala
kesusahan dalam hidup. Buddhisme ialah agama yang tiada batasan negara dan kaum.
Buddhisme muncul dalam rupa bentuk yang telah diubahsuaikan tetapi dasar Ajaran
Buddha yang sama . Sifat fleksibilitinya telah menyebabkan Buddhisme yang
disebarkan di pelbagai tempat muncul dengan rupa bentuk yang berlainan akibat
persekitaran, kaum serta latar belakang kebudayaannya yang berlainan. Buddhisme
yang mempunyai banyak ciri tempatan merupakan sifat Buddhisme yang unik dalam
sejarah penyebarannya. Malaysia ialah negara yang merdeka, maka Buddhisme yang
disebarkan di tempat ini mestilah mempunyai identiti yang bercorak Malaysia. Negara
yang bersifat majmuk, begitu juga halnya dengan Buddhisme yang disebarkan di
negara ini. Sebahagian besar penganut Buddha di negara ini berketurunan Cina,
maka aliran utama Buddhisme banyak dipengaruhi oleh Buddhisme dari sistem
Bahasa Cina.
Tokong Meh Yong
Kemudian, kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada para
pedagang di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511. British memperolehi
Pulau Pinang pada tahun 1786 dan kemudiannya pada tahun 1795, Melaka diambil
semula daripada penaklukan Belanda sejak tahun 1641. Kuasa Mazhab Katolik
kekal, tetapi dibahagikan di antara Portugis dan Perancis. Tidak ada sebarang
gereja yang telah sedia wujud ditutup oleh kerajaan mahu pun jemaah Kristian
yang sudah mantap kedudukannya dibubarkan. Terdapat beberape cuti keagamaan
Kristian seperti Hari Krimas. Hari Krismas ialah hari cuti umum di Malaysia dan
dirayakan lebih dari segi komersil tanpa banyak unsur-unsur kerohanian.
Aktiviti-aktiviti Kristian kadang kalanya membeli ruang iklan di akhbar-akhbar
pada hari Krismas atau Easter Jumaat Agung bukan cuti am kebangsaan, tetapi ia
adalah cuti am negeri di Sabah dan Sarawak di mana penganut Kristian ialah
minoriti yang diberi hak untuk berhari raya, kedua-dua negeri diberikan
sesetengah taraf autonomi yang lebih tinggi daripada negeri-negeri lain dalam
Persekutuan. Akan tetapi, tiada bukti bahawa hadangan teologikal ini memainkan
peranan dalam bukan-inclusion Jumaat Agung sebagai cuti.
Gereja Kristian
Akhir sekali pengaruh
Hindu lebih awal sampai di Malaysia berbanding dengan agama Islam. Pengaruh
Hindu dalam bahasa Sanskrit dapat dikesan dalam bahasa Melayu, kesusasteraan
dan kesenian. Candi Lembah Bujang di Kedah adalah bukti orang Melayu di Kuala
Kedah pernah menganut agama Hindu-Buddha. Candi Borobudur dan Candi Parambanan
di Jawa, Indonesia adalah bukti penduduk Jawa pernah menganut agama itu. Malah
masyarakat Bali sehingga kini masih mengamalkan agama dan budaya Hindu. Penempatan
India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu di selatan India lewat abad
ke-19 dan awal abad ke-20 yang bekerja sebagai buruh ladang getah milik
peladang Eropah. Minoriti India ini di bawa ke Malaysia dari utara India dan
Sri Lanka. Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan
agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Kebanyakan mereka
menyembah tuhan Shiva sebagaimana tradisi di selatan India. Semua pelajar India
dibenarkan bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil atau di sekolah kebangsaan.
Sistem pendidikan di Malaysia membenarkan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar
di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT).
Artikel Kelima (Konsep Pembangunan dan Alam Sekitar)
By : UnknownKONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
disediakan oleh : Ahmad Qhairi Adli bin Ahmad Zakuan (19DMC14F1018)
Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi semua negara. Kesedaran tentang kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sejak awal tahun 1910-an apabila persidangan pertama dunia yang diadakan di Stockhlom, Sweden membincangkan tentang pencemaran alam sekitar kesan-kesan negetif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negetif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Umumnya pencemaran alam sekitar boleh ditangani dengan proses semula jadi tetapi apabila berada di tahap yang serius, pencemaran sukar untuk diatasi. Oleh itu, campur tangan semua pihak amatlah penting. Di negara-negara maju, pencemaran lebih banyak berlaku kesan daripada pembuangan bahan-bahan kimia. Bagi negara membangun pula, pencemaran lebih menjurus kepada bahan-bahan organik lain seperti sampah, najis dan sisa-sisa makanan. Hanya sedikit sahaja pencemaran daripada bahan kimia dihasilkan. Antara jenis pencemaran alam ialah pencemaran udara.
Pencemaran Udara
Pencemara udara adalah kehadiran satu atau lebih substantif fizik, kimia, atau biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia, haiwan, dan tumbuhan menggangu estetika dan keamanan, atau merosakkan property. Pencemaran udara dapat ditimbulkan oleh sumber-sumber alami mahupun kegiatan manusia. Beberapa definisi gangguan fizik seperti polusi suara, panas, radiasi atau polusi cahaya dianggap sebagai polusi udara. Sifat alam udara mengakibatkan dampak pencemaran udara dapat bersiat langsung dan lokal, regional, mahupun global. Seterusnya pencemaran air.
Pencemaran Air
Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti sungai laut dan air tanah akibat aktiviti manusia. Walaupun fenomena alam seperti gunung berapi, gempa bumi dan lain-lain juga mengakibatkan perubahan yang besar terhadap kualiti air. Pencemaran air dapat disebabkan oleh berbagai-bagai hal dan memiliki ciri-ciri yang berbeza-beza. Meningkatnya kandungan mengarah pada eutrofikasi. Sampah organik seperti air comberan(sewage) menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen pada air yang menerimanya kekurangan oksigen yang dapat merosakkan terhadap seluruh ekosistem. Industri membuang berbagai-bagai macam sisa-sisa ke dalam air seperti logam berat, toksin organik, minyak, nutrien dan padatan. Kemudian pencemaran haba atau terma. Pencemaran haba atau terma merupakan pencemaran yang di akibatkan oleh peningkatan suhu terutamanya dalam proses-proses industri. Pencemaran haba atau terma akan mengubah suhu air dan udara, yang seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap organisma akuatik. Sebagai contoh, haba yang dibebaskan dari jana kuasa, secara tidak langsung akan memanaskan air sungai. Ini akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan mengurangkan jumlah oksigen di dalam air. Akhir sekali, pencemaran tanah.
Pencemaran Tanah
Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadi penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang diteroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan sebagai kawasan kilang. Selain itu, sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidak suburan tanih, akibat peningkatan keadaan tanih yang mana tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. Kesimpulannya sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak manusia semata-mata. Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi ini.
Artikel Ketiga (Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran)
By : UnknownSISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
disediakan oleh : Mohamad Izzat bin Abdul Fatah (19DIP14F1012)
Komponen utama sistem kerajaan :
- bertindak memelihara hak istimewa orang Melayu.
- bersetuju / enggan bersetuju kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
cth jawatan: Ketua Hakim Negara, dua Hakim Besar, Hakim Mahkamah Agung, dua Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Audit Negara, ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan suruhanjaya bebas.
- memilih atau memecat YDP Agong dan Timbalan YDPA.
- Persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak.
- memikirkan polisi dan pembangunan negara.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui :
apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan, kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja.
apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh semenanjung Malaysia.
-dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan, kerajaan Negeri dan juga Tempatan.
Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan
-Kabinet: menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara.
-Terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri - menteri Kabinet
Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri
- Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri : berkuasa melantik Menteri Besar/Ketua Menteri
- memperkenankan perlantikan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri.
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) : Raja/Sultan/YDP Negeri perlu melantik seorang Ketua Menteri/Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
- tidak kurang daripada 4 orang ahli dari kalangan DUN.
-berperanan hampir sama seperti kabinet di peringkat persekutuan.
- merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial
undang- bertullis dan tidak bertulis
Undang-undang bertulis
- sumber utama u di negara ini
- diluluskan oleh badan
- contoh
- perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
- akta - yang digubal oleh parlimen sejak september 1959
- enakmen – Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali negeri Sarawak
- ordinan – Undang-undang yang digubal oleh DUN Sarawak
- undang-undang yang digubal oleh Majlis Perundangan persekutuan antara 1946-1959
- undang-undang yang dibuat oleh YDA semasa perisytiharan darurat
Undang-undang tidak bertulis
- hanya digunakan jika tiada u bertulis dan tidak bercanggah dengan penerimaan masyarakat
- tidak diluluskan oleh badan perundangan
Contoh
- prinsip undang-undang lazim ( common law )
- keputusan mahkamah
- undang- Islam tidak bertulis
- Undang-undang adat ( Cina , India, Bumiputera , Perpatih , dan Temenggung
- Undang-undang Hindu
Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
- ordinan u sivil dan jenayah diterima di TM sepenuhnya pada tahun 1956
- di Sabah dan Sarawak , Ordinan Undang-undang kecil dan Ordinan U Sawarak dan Sabah diterima mulai pada tahun 1922
- namun demikian Undang-undang adat kaum peribumi masih diakui di Sabah dan Sarawak iaitu masih wujud mahkamah bumiputera
Undang-undang Malaysia kini
- Undang-undang bertulis menjadi teras perundangan negara ini
- Undang-undang adat dan Undang-undang lazim digunakan jika tiada u bertulis yang meliputi perkara yang dipertikaikan
- fungsi Undang-undang tidak bertulis semakin berkurang kerana semakin banyak Undang-undang bertulis digubal
- Undang-undang bertulis mengamalkan doktrin duluan kehakiman
Common law (Undang-undang lazim )
- pada awalnya dipraktikkan di Britain
- hakim mengisytiharkan kewujudan undang-undang yang lazim terdapat dalam adat tempatan
- hakim biasanya merujuk kepada keputusan kes yang terdahulunya sebagaai panduan
- hal ini menggalakkan perkembangan doktrin duluan kehakiman
- common law bukan sumber undang-undang yang penting di negara ini
- ianya hanya digunakan apabila :
- tidak terdapat statut (Undang-undang bertulis ) tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan di mahkamah
- Peruntukan common law bersesuaian dengan kegunaan tempatan
Perundangan kecil
- digubal oleh kerajaan tempatan
- hanya sesuai bagi kegunaan tempatan
- kelemahan – mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh PBT dan tidak mempunyai kawalan yang berkesan
Undang-undang subsidiari
- ditetapkan oleh seseorang menteri
- menteri diberikan kuasa untuk membuat undang-undang itu dibawah sesuatu akta.
Tempat penyelesaian pertikaian
Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
Memerlihara hak warganegara daripada sebarang pencabulan oleh pihak kerajaan
Mengesah dan mentafsirkan sesuatu undang-undang
Badan Kehakiman (Judicirial)
adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini.
Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan
kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan.
Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terleatk di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan.
Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.
Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi. (Lihat rajah hirarki di negeri.)
Kehakiman merupakan satu BADAN hakim-hakim (body of judges) dalam satu sistem perlembagaan.
Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara dan negara lain.
Para Hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa atau autoriti yang diberikan kepada mereka.
Kuasa ini termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
DEMOKRASI BERPALIMEN :RAJA BERPERLEMBAGAAN(YDPA)
Ketua negara persekutuan
Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah
Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
Pilihan Raya
Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihanraya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka di mana pilihan raya pertama Tanah Melayu telah diadakan pada tahun 1955.
Perlembagaan
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang memberikan jaminan kepada pemerintah dan rakyat dari segi perlindungan, kedudukan, hak dan sebagainya.
Corak Pemerintahan
Mengikut amalan demokrasi, corak pemerintahan di Malaysia berbentuk pengasingan kuasa. Dalam hal ini, setiap badan telah dibahagikan tugas masing-masing mengikut kuasa yang diberikan. Badan perundangan berkuasa untuk membentuk rang undang-undang, badan pentadbiran berkuasa untuk menjalankan perkara pentadbiran negara dan badan kehakiman berkuasa menjalankan kuasa keadilan.
Kebebasan Asasi
Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan tertentu seperti kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, kebebesan bergerak, larangan buang negeri dan sebagainya. Walau bagaimanapun kebebasan ini mempunyai had.
Pengamalan sistem demokrasi berparlimen mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini, ia telah mewujudkan suasana politik yang stabil.
Komponen utama sistem kerajaan :
1.MAJLIS RAJA-RAJA
-dianggotai 9 sultan dan 4 gabenor atau Yang Dipertua Negeri- bertindak memelihara hak istimewa orang Melayu.
- bersetuju / enggan bersetuju kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
cth jawatan: Ketua Hakim Negara, dua Hakim Besar, Hakim Mahkamah Agung, dua Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Audit Negara, ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan suruhanjaya bebas.
- memilih atau memecat YDP Agong dan Timbalan YDPA.
- Persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak.
- memikirkan polisi dan pembangunan negara.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui :
apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan, kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja.
apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh semenanjung Malaysia.
2.Badan pentadbiran
-dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan, kerajaan Negeri dan juga Tempatan.
Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan
-Kabinet: menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara.
-Terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri - menteri Kabinet
Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri
- Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri : berkuasa melantik Menteri Besar/Ketua Menteri
- memperkenankan perlantikan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri.
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) : Raja/Sultan/YDP Negeri perlu melantik seorang Ketua Menteri/Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
- tidak kurang daripada 4 orang ahli dari kalangan DUN.
-berperanan hampir sama seperti kabinet di peringkat persekutuan.
3.Badan perundangan :
definasi undang-undang- merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial
undang- bertullis dan tidak bertulis
Undang-undang bertulis
- sumber utama u di negara ini
- diluluskan oleh badan
- contoh
- perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
- akta - yang digubal oleh parlimen sejak september 1959
- enakmen – Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali negeri Sarawak
- ordinan – Undang-undang yang digubal oleh DUN Sarawak
- undang-undang yang digubal oleh Majlis Perundangan persekutuan antara 1946-1959
- undang-undang yang dibuat oleh YDA semasa perisytiharan darurat
Undang-undang tidak bertulis
- hanya digunakan jika tiada u bertulis dan tidak bercanggah dengan penerimaan masyarakat
- tidak diluluskan oleh badan perundangan
Contoh
- prinsip undang-undang lazim ( common law )
- keputusan mahkamah
- undang- Islam tidak bertulis
- Undang-undang adat ( Cina , India, Bumiputera , Perpatih , dan Temenggung
- Undang-undang Hindu
Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
- ordinan u sivil dan jenayah diterima di TM sepenuhnya pada tahun 1956
- di Sabah dan Sarawak , Ordinan Undang-undang kecil dan Ordinan U Sawarak dan Sabah diterima mulai pada tahun 1922
- namun demikian Undang-undang adat kaum peribumi masih diakui di Sabah dan Sarawak iaitu masih wujud mahkamah bumiputera
Undang-undang Malaysia kini
- Undang-undang bertulis menjadi teras perundangan negara ini
- Undang-undang adat dan Undang-undang lazim digunakan jika tiada u bertulis yang meliputi perkara yang dipertikaikan
- fungsi Undang-undang tidak bertulis semakin berkurang kerana semakin banyak Undang-undang bertulis digubal
- Undang-undang bertulis mengamalkan doktrin duluan kehakiman
Common law (Undang-undang lazim )
- pada awalnya dipraktikkan di Britain
- hakim mengisytiharkan kewujudan undang-undang yang lazim terdapat dalam adat tempatan
- hakim biasanya merujuk kepada keputusan kes yang terdahulunya sebagaai panduan
- hal ini menggalakkan perkembangan doktrin duluan kehakiman
- common law bukan sumber undang-undang yang penting di negara ini
- ianya hanya digunakan apabila :
- tidak terdapat statut (Undang-undang bertulis ) tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan di mahkamah
- Peruntukan common law bersesuaian dengan kegunaan tempatan
Perundangan kecil
- digubal oleh kerajaan tempatan
- hanya sesuai bagi kegunaan tempatan
- kelemahan – mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh PBT dan tidak mempunyai kawalan yang berkesan
Undang-undang subsidiari
- ditetapkan oleh seseorang menteri
- menteri diberikan kuasa untuk membuat undang-undang itu dibawah sesuatu akta.
4.Badan kehakiman :
Mentadbir keadilan secara saksamaTempat penyelesaian pertikaian
Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
Memerlihara hak warganegara daripada sebarang pencabulan oleh pihak kerajaan
Mengesah dan mentafsirkan sesuatu undang-undang
Badan Kehakiman (Judicirial)
adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini.
Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan
kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan.
Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terleatk di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan.
Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.
Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi. (Lihat rajah hirarki di negeri.)
Kehakiman merupakan satu BADAN hakim-hakim (body of judges) dalam satu sistem perlembagaan.
Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara dan negara lain.
Para Hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa atau autoriti yang diberikan kepada mereka.
Kuasa ini termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
DEMOKRASI BERPALIMEN :RAJA BERPERLEMBAGAAN(YDPA)
Ketua negara persekutuan
Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah
Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
Pilihan Raya
Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihanraya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka di mana pilihan raya pertama Tanah Melayu telah diadakan pada tahun 1955.
Perlembagaan
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang memberikan jaminan kepada pemerintah dan rakyat dari segi perlindungan, kedudukan, hak dan sebagainya.
Corak Pemerintahan
Mengikut amalan demokrasi, corak pemerintahan di Malaysia berbentuk pengasingan kuasa. Dalam hal ini, setiap badan telah dibahagikan tugas masing-masing mengikut kuasa yang diberikan. Badan perundangan berkuasa untuk membentuk rang undang-undang, badan pentadbiran berkuasa untuk menjalankan perkara pentadbiran negara dan badan kehakiman berkuasa menjalankan kuasa keadilan.
Kebebasan Asasi
Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan tertentu seperti kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, kebebesan bergerak, larangan buang negeri dan sebagainya. Walau bagaimanapun kebebasan ini mempunyai had.
Kesimpulan
Pengamalan sistem demokrasi berparlimen mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini, ia telah mewujudkan suasana politik yang stabil.
Artikel Kedua (Perlembagaan Malaysia)
By : UnknownPERLEMBAGAAN MALAYSIA
disediakan oleh : Hamzah bin Ahmad Zubairi (19DIP14F1090)
Memberikan penjelasan bagaimana negara ini dibentuk. Menerangkan apa itu perlembagaan dan mengapa ianya perlu difahami. Memahami apa itu keistimewaan yang telah diperuntukkan kepada kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Sejarah perlembagaan Malaysia ini telah dirangka dan digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Hakim B. Malik dan Hakim Abdul Hamid pada tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Malaysia ,dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan, bahagian 2 - Kebebasan asasi, bahagian 3 – Kewarganegaraan, bahagian 4 – Persekutuan, bahagian 5 - Negeri-negeri, bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri, bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan, bahagian 8 – Pilihanraya, bahagian 9 – Kehakiman, bahagian 10 - Perkhidmatan awam, bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat, bahagian 12 - Am dan pelbagai, bahagian 13 - Peruntukan sementara, bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya, bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja. Pindaan perlembagaan Malaysia negara boleh dipinda apabila majoriti 2/3 bersetuju kepada pindaan tersebut dikedua-dua dewan di Parlimen. Perlembagaan negara telah dipinda lebih daripada 42 kali sejak selepas kemerdekaan. Menurut pakar perlembagaan negara Shad Saleem Faruqi: Setiap kali pindaan perlembagaan dibuat, & semangat sebenar dokumen tersebut telah dicairkan”.
Dewan Rakyat berperanan mengubal dan membahas rang undang-undang. Anggota Dewan Rakyat dipilih menerusi pilihanraya umum dimana mereka bertanding bagi kawasan Parlimen. Sehingga pilihanraya 2008 sebanyak 219 kerusi parlimen dipertandingkan bagi mengisi keanggotaan di Dewan Rakyat. Anggota Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Yang Berhormat. Dewa Negara berperanan membahas rang undang-undang yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat. Anggota Dewan Negara juga dikenali sebagai SENATOR adalah dipilih dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong seramai 40 orang. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengkhususkan bagaimana kerajaan pusat perlu melindungi kepentingan kaum Bumiputera dengan cara mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial , dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu. Kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Cina dan India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan. Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.Kedudukan kaum Bumiputera kini lebih baik kerana Artikel 153. Ramai Bumiputera sudah berjaya dalam pelbagai bidang. Namun begitu kejayaan ini masih belum boleh dibanggakan. Bumiputera perlu ubah pemikiran, sikap dan tindakan. Sikap sayangkan bangsa perlu ada pada pemimpin dan pentadbir kita. Jangan salahkan bangsa lain yang telah maju. Jangan terlalu bergantung kepada Kerajaan dalam segala hal. Tingkatkan semangat berdikari dan usaha untuk berjaya. Berikan sepenuh komitmen kepada tugas yang telah diamanahkan. Terus pertahankankandungan yang termaktub dalam Artikel 153.

Asas Perlembagaan Negara

Artikel Pertama (Kerajaan Melaka)
By : UnknownKERAJAAN MELAKA
disediakan oleh : Amirul Safik bin Mohd Mislan (19DMC14F1037)Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.
Parameswara
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".
Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching telah tiba di Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada Maharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.
Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
Kalender Akedemik Tahun 2014
By : UnknownKALENDER AKEDEMIK POLITEKNIK MALAYSIA TAHUN 2014Sumber Rujukan : http://www.pms.edu.my/index.php/component/content/article/2-uncategorised/344-kalendar-akademik-tahun-2013 |
. Sejarah Malaysia
HEADING HERE
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN 1957HEADING HERE
PAHLAWAN TANAH MELAYUHEADING HERE
ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDONHEADING HERE
PENENTANGAN MALAYAN UNIONHEADING HERE
PERJUMPAAN PERTAMA RAJA-RAJA