- Kembali pada Menu Utama »
- Artikel Kelima (Konsep Pembangunan dan Alam Sekitar)
Disediakan oleh : Unknown
Khamis, 16 Oktober 2014
KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
disediakan oleh : Ahmad Qhairi Adli bin Ahmad Zakuan (19DMC14F1018)
Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi semua negara. Kesedaran tentang kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sejak awal tahun 1910-an apabila persidangan pertama dunia yang diadakan di Stockhlom, Sweden membincangkan tentang pencemaran alam sekitar kesan-kesan negetif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negetif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Umumnya pencemaran alam sekitar boleh ditangani dengan proses semula jadi tetapi apabila berada di tahap yang serius, pencemaran sukar untuk diatasi. Oleh itu, campur tangan semua pihak amatlah penting. Di negara-negara maju, pencemaran lebih banyak berlaku kesan daripada pembuangan bahan-bahan kimia. Bagi negara membangun pula, pencemaran lebih menjurus kepada bahan-bahan organik lain seperti sampah, najis dan sisa-sisa makanan. Hanya sedikit sahaja pencemaran daripada bahan kimia dihasilkan. Antara jenis pencemaran alam ialah pencemaran udara.
Pencemaran Udara
Pencemara udara adalah kehadiran satu atau lebih substantif fizik, kimia, atau biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia, haiwan, dan tumbuhan menggangu estetika dan keamanan, atau merosakkan property. Pencemaran udara dapat ditimbulkan oleh sumber-sumber alami mahupun kegiatan manusia. Beberapa definisi gangguan fizik seperti polusi suara, panas, radiasi atau polusi cahaya dianggap sebagai polusi udara. Sifat alam udara mengakibatkan dampak pencemaran udara dapat bersiat langsung dan lokal, regional, mahupun global. Seterusnya pencemaran air.
Pencemaran Air
Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti sungai laut dan air tanah akibat aktiviti manusia. Walaupun fenomena alam seperti gunung berapi, gempa bumi dan lain-lain juga mengakibatkan perubahan yang besar terhadap kualiti air. Pencemaran air dapat disebabkan oleh berbagai-bagai hal dan memiliki ciri-ciri yang berbeza-beza. Meningkatnya kandungan mengarah pada eutrofikasi. Sampah organik seperti air comberan(sewage) menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen pada air yang menerimanya kekurangan oksigen yang dapat merosakkan terhadap seluruh ekosistem. Industri membuang berbagai-bagai macam sisa-sisa ke dalam air seperti logam berat, toksin organik, minyak, nutrien dan padatan. Kemudian pencemaran haba atau terma. Pencemaran haba atau terma merupakan pencemaran yang di akibatkan oleh peningkatan suhu terutamanya dalam proses-proses industri. Pencemaran haba atau terma akan mengubah suhu air dan udara, yang seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap organisma akuatik. Sebagai contoh, haba yang dibebaskan dari jana kuasa, secara tidak langsung akan memanaskan air sungai. Ini akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan mengurangkan jumlah oksigen di dalam air. Akhir sekali, pencemaran tanah.
Pencemaran Tanah
Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadi penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang diteroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan sebagai kawasan kilang. Selain itu, sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidak suburan tanih, akibat peningkatan keadaan tanih yang mana tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. Kesimpulannya sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak manusia semata-mata. Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi ini.
. Sejarah Malaysia
HEADING HERE
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN 1957HEADING HERE
PAHLAWAN TANAH MELAYUHEADING HERE
ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDONHEADING HERE
PENENTANGAN MALAYAN UNIONHEADING HERE
PERJUMPAAN PERTAMA RAJA-RAJA