Posting Menarik

1. Asal Usul Nama Malaysia    


                 Bendera Malaysia

Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.
Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :

1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu.

2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud “Mountains of Asia”.

3) Malaysia wujud daripada nama “Malesia”, yang merujuk kepada kawasan bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.

2 . Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji



Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?

Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.

   Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan "British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.


3. Nama Kereta Kebangsaan Pertama di Malaysia diambil semasa permainan Scrabble


Secara umumnya rata2 tahu kereta pertama tempatan keluaran Malaysia dinamakan Proton Saga, saga pula merujuk kepada nama biji benih saga. Tapi itu hanya pendapat umum sahaja. Tahukah anda, itu bukan cerita asal usul nama Proton Saga yang sebenarnya?

          Pelancaran Proton Saga Pertama

Ramai yang tidak tahu tentang peranan Encik Ismail Jaafar. Pada satu petang, dia bermain permainan Scrabble (kalau versi Melayu - SAHIBBA). Ketika membuat frasa Bahasa Inggeris SAGA (yang membawa maksud dalam BI - "something said" or "a narrative in prose", somewhat along the lines of a "story", a "tale", or a "history"), En Ismail mendapati perkataan SAGA melibatkan 4 huruf sahaja dan markahnya agak kecil. Tapi belia mendapat ilham daripada akronim SAGA dan membentuk 4 frasa baru iaitu:

S= Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan)
A= Achievement (Pencapaian)
G= Greatness (Keagungan)
A= Ability (kebolehan)

Kemudian dari situlah beliau menghantarkan ideanya dalam pertandingan menamakan kereta nasional pertama keluaran Malaysia. Tun Dr M masih mengingati mengapa nama SAGA dipilih sebagai pemenang dimana terma SAGA menarik perhatian para juri. Para juri dan Tun Dr M memilih nama SAGA kerana ia adalah terma BI yang membawa maksud suatu peristiwa kejadian & Tun Dr M adalah orang yang mengaitkan nama SAGA dengan terma BM SAGA yang merupakan sebiji biji benih.

Tapi Tun Dr M & para juri tidak tahu ilham nama SAGA sebenarnya bermula dari permainan Scrabble!

Ehhem, maklumat tambahan, kereta Proton SAGA adalah kereta import terlaris di UK pada tahun 1989! Last edited by robotech on 21-1-2014 11:05 PM






SUMBER RUJUKAN


Sila berikan Ulasan atau Komen

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

. Sejarah Malaysia

  • HEADING HERE

    PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN 1957
  • HEADING HERE

    PAHLAWAN TANAH MELAYU
  • HEADING HERE

    ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON
  • HEADING HERE

    PENENTANGAN MALAYAN UNION
  • HEADING HERE

    PERJUMPAAN PERTAMA RAJA-RAJA

- Hakcipta Terpelihara © DUB1012 Pengajian Malaysia @ PMS2014 - DUB1012 - Dibawa oleh Blogger - Disediakan oleh Hapiz Serap - Tugasan daripada Politeknik Muadzam Shah