Posting Menarik

Archive for Oktober 2014

Artikel Keempat (Rancangan dan Visi Pembangunan)

By : Unknown

RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN

disediakan oleh : Azizi bin Ahaidan (19DIP14F1033)


RANGKA RANCANGAN RANGKA PANJANG(RRJP)DAN RANCANGAN MALAYSIA(RM)

Peringkat 1
Rancangan Malaya Pertama(RM-1)1956-1960
     Matlamat rancangan Malaya pertama ialah memajukan sektor luar bandar.Kerajaan memperuntukkan RM 478.2 juta.Ia bertujuan menambahkan pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan.Selain itu,mempelbagai sumber negara supaya negara tidak bergantung pada sektor ekonomi tertentu sahaja.Pada tahun 1953 RIDA dan FELDA telah ditubuhkan bertujuan memajukan sektor ekonomi luar bandar..Felda ditubuhkan untuk membuka tanah baharu untuk mempergiat sektor perladangan getah dan kelapa sawit.Selain itu,penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin dan berdaya ekonomi lemah di samping meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.Pengurusan RIDA dan FELDA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada 1959 yang berperanan menyelaraskan pembangunan luar bandar.

RANCANGAN MALAYA KEDUA(RM-2)1961-1965
      Matlamat RM-2 ialah memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar.Selain itu,menggiatkan lagi projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA.FAMA ditubuhkan pada tahun 1966 bertujuan membantu petani memasarkan hasil pertanian mereka.


RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA(RMK-1)1966-1970
     Beberapa buah agensi kerajaan dilahirkan di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti MARA,Bank Bumiputera,MIDA,Lembaga Penasihat Tarif dan PERNAS.Tujuan penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968.Penubuhan MARA,Bank Bumiputera dan PERNAS bertujuan menggalakkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.

DASAR EKONOMI BARU(DEB)

      Rancangan pembangunan di bawah DEB dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA(RMK3)1976-1980
       Semasa pelancaran RMK-3 DEB masih dalam pelaksanaan dan boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan DEB.Beberapa program turut dirangka dan dilancarkan.Rancangan pembangunan bandar baharu digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT(RMK-4)1981-1985
     HICOM ditubuhkan bagi menjalankan program pembangunan perindustian.Antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM ialah kilang simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sendirian Berhad.Selain itu,kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh Perwaja di Kemaman,Terengganu dan pembuatan kereta nasional,iaitu kereta Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA(RMK-5)
      Matlamat utama RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara,mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru dan mengecapi pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan negara.Strategi RMK-5 yang pertama ialah meningkatkan peranan sektor swasta melalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan dalam aspek hak milik syarikat,pelesenan,dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan.Syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan industri.Strategi kedua ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(RMK-6)1991-1995
Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.
            Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan.iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan kewangan sektor awam.


RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(RMK-7)1996-2000
Kemajuan ekonomi
     Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) sebenar mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi sasaran yang dikaji semula sebanyak 3.0%.Langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan telah meningkatkan pengunaan di samping membendung tekanan inflasi.Kadar pengangguran terus kekal pada paras yang rendah,manakala Indeks Harga Pengguna turun.Pelbagai agensi ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman belum berbayar(NPL),permodalan semula bank dan penyusunan semula hutang korporat.
     Pada akhir tahun 2000,pinjaman belum berbayar telah dikurangkan pada 6.3% dari jumlah pinjaman berbanding dengan paras tertinggi 11.4% pada bulan ogos 1998.Nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan pula meningkat pada 12.4% berbanding dengan paras terendah 10.1%.
           
Kemajuan sosioekonomi
Pembasmian Kemiskinan
            Program khusus bagi kawasan bandar seperti penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah telah memperbaik keadaan hidup golongan miskin di bandar.Bagi golongan termiskin pertumbuhan ekonomi yang pesat sebelum pertengahan tahun 1997 dan perlaksanaan secara giat Program Pembangunan Rakyat termiskin.

Penyusunan semula masyarakat
     Melalui DEB terdapat kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat,terutama penyusunan semula guna tenaga dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Dari segi pemilikan ekuiti korporat,peratusan hak milik korporat bumiputera telah berkurangan dari paras yang dicapai pada tahun 1995.


Peringkat 3
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG 2(RRJP2)
     Matlamat utama RRJP2 ialah penurunan kadar kemiskinan.Selain itu,penurunan kadar pengangguran dan pertumbuhan ekonomi negara.Pada tahun 1991,kerajaan telah melancarkan wawasan 2020,(RRJP2),(RMK-6) dan (DPN) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

OBJEKTIF
     Usaha pembentukan kebudayaan kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan,memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari kebudayaan kebangsaan dan memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

DASAR BELIA NEGARA
     Pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip mengamalkan prinsip rukun negara,mempunyai semangat perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi,mempunyai sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab,menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara,mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri dan mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.

PELAN INTEGRITI NASIONAL

FALSAFAH PIN
     PIN adalah kesinambungan dan perterjemahan falsafah,prinsip,dan matlamat yang hendak dicapai dalam perlembagaan persekutuan dan rukun negara serta beberapa dasar strategi sebelum ini,di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru.



KONSEP
      PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta imbingan pada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara.PIN merupakan atu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum,lapisan dan wilayah.Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan permantapan integriti.

OBJEKTIF KHUSUS
    Objektif khusus ialah memberi hala tuju dan binbingan pada pelbagai sektor ,meningkatkan kesedaran,komitmen,dan kerjasama pelbagai sektor ke arah usaha meningkatkan integriti,menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil,menyumbang pada usaha mengukuhkan asas moral masyarakat dan negara,serta meningkatkan kesejahteraan hidup anggota masyarakat dan meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21.


GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI

PENDEKATAN UMUM 
            Gerakan pemantapan intergriti adalah satu gerakan menyeluruh dan berterusan yang berpandukan oleh prinsip dan objektif PIN.Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dan sektor negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk mencapai cita2.

KOMPONEN TERLIBAT
            Keseluruhan komponen atau institusi berikut terlibat dalam gerakan ini ialah keluarga,komuniti,masyarakat sivil,sosiobudaya,agama,ekonomi,politik dan pentadbiran



MEKANISME PELAKSANAAN
     Bagi sektor swasta ,terdapat badan yang mewakili kepentingan majikan seperti dewan perniagaan dan persatuan lain yang boleh memainkan peranan ini.Badan pengawalan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM),Suruhanjaya Sekuriti(SC)dan bank Negara Malaysia (BNM)berperanan untuk memastikan pematuhan terhadap undang2 dan peraturan yang ditetapkan untuk sektor2 berkenaan.
     Bagi komponen lain seperti keluarga ,komuniti,masyarakat sivil,dan sosiobudaya terdapat agensi dan Badan Bukan Kerajaan(NGO)yang sudah sedia wujud dan yang boleh menjadi penggerak dalam melaksanakan program integriti masing2.Pemantauan oleh mana2 agensi seperti Pendaftar Pertubuhan,misalnya,perlu dilakukan secara berkesan.

Artikel Keenam (Memahami Perkembangan Agama Islam di Malaysia)

By : Unknown

MEMAHAMI PERKEMBANGAN AGAMA DI MALAYSIA

disediakan oleh : Muhammad Hamimi bin Mazlan (19DMC14F1036)


Islam adalah ad-din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang di dalamnya akidah , amalan-amalan dan hukum yang berkaitan dengan rohani dan jasmani setiap individu , masyarakat , agama , politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat . Mengikut al-quran dan as-sunnah , Islam bermaksud tunduk dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. serta mentaati-nya. Terengganu merupakan negeri melayu pertama yang menerima Islam . Buktinya ialah batu bersurat bertarikh 1303 masihi dianggarkan Sultan Muzaffar Shah i dari Kedah yang memeluk Islam  dan menjadi raja melayu pertama Pada tahun 2000 , 60.4% daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam . Sebilangan Muslim muda , terutama yan dibesarkan berlatarkan barat adalah Muslim separa mengamal. Mereka mematuhi amalan suci ( ramadhan ) , tidak makan daging babi tetapi mereka tidak menunaikan solat lima waktu mahupun pergi ke masjid. Masjid menjadi kelaziman di merata tempat di seluruh negara dan laungan azan dapat didengari dari kubah masjid 5 kali setiap hari. 

Masjid Putrajaya


Seterusnya agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Sakyamuni yang  mungkin lahir pada kurun ke-5 masihi . Agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama iaitu theravada , mahayana dan vajrayana. Tujuan utama seseorang menganut Buddha untuk menamatkan segala kesusahan dalam hidup. Buddhisme ialah agama yang tiada batasan negara dan kaum. Buddhisme muncul dalam rupa bentuk yang telah diubahsuaikan tetapi dasar Ajaran Buddha yang sama . Sifat fleksibilitinya telah menyebabkan Buddhisme yang disebarkan di pelbagai tempat muncul dengan rupa bentuk yang berlainan akibat persekitaran, kaum serta latar belakang kebudayaannya yang berlainan. Buddhisme yang mempunyai banyak ciri tempatan merupakan sifat Buddhisme yang unik dalam sejarah penyebarannya. Malaysia ialah negara yang merdeka, maka Buddhisme yang disebarkan di tempat ini mestilah mempunyai identiti yang bercorak Malaysia. Negara yang bersifat majmuk, begitu juga halnya dengan Buddhisme yang disebarkan di negara ini. Sebahagian besar penganut Buddha di negara ini berketurunan Cina, maka aliran utama Buddhisme banyak dipengaruhi oleh Buddhisme dari sistem Bahasa Cina. 

Tokong Meh Yong

Kemudian, kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada para pedagang di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511. British memperolehi Pulau Pinang pada tahun 1786 dan kemudiannya pada tahun 1795, Melaka diambil semula daripada penaklukan Belanda sejak tahun 1641. Kuasa Mazhab Katolik kekal, tetapi dibahagikan di antara Portugis dan Perancis. Tidak ada sebarang gereja yang telah sedia wujud ditutup oleh kerajaan mahu pun jemaah Kristian yang sudah mantap kedudukannya dibubarkan. Terdapat beberape cuti keagamaan Kristian seperti Hari Krimas. Hari Krismas ialah hari cuti umum di Malaysia dan dirayakan lebih dari segi komersil tanpa banyak unsur-unsur kerohanian. Aktiviti-aktiviti Kristian kadang kalanya membeli ruang iklan di akhbar-akhbar pada hari Krismas atau Easter Jumaat Agung bukan cuti am kebangsaan, tetapi ia adalah cuti am negeri di Sabah dan Sarawak di mana penganut Kristian ialah minoriti yang diberi hak untuk berhari raya, kedua-dua negeri diberikan sesetengah taraf autonomi yang lebih tinggi daripada negeri-negeri lain dalam Persekutuan. Akan tetapi, tiada bukti bahawa hadangan teologikal ini memainkan peranan dalam bukan-inclusion Jumaat Agung sebagai cuti. 

Gereja Kristian

Akhir sekali pengaruh Hindu lebih awal sampai di Malaysia berbanding dengan agama Islam. Pengaruh Hindu dalam bahasa Sanskrit dapat dikesan dalam bahasa Melayu, kesusasteraan dan kesenian. Candi Lembah Bujang di Kedah adalah bukti orang Melayu di Kuala Kedah pernah menganut agama Hindu-Buddha. Candi Borobudur dan Candi Parambanan di Jawa, Indonesia adalah bukti penduduk Jawa pernah menganut agama itu. Malah masyarakat Bali sehingga kini masih mengamalkan agama dan budaya Hindu. Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu di selatan India lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bekerja sebagai buruh ladang getah milik peladang Eropah. Minoriti India ini di bawa ke Malaysia dari utara India dan Sri Lanka. Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Kebanyakan mereka menyembah tuhan Shiva sebagaimana tradisi di selatan India. Semua pelajar India dibenarkan bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil atau di sekolah kebangsaan. Sistem pendidikan di Malaysia membenarkan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT).


 Batu Caves

Artikel Kelima (Konsep Pembangunan dan Alam Sekitar)

By : Unknown

KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

disediakan oleh : Ahmad Qhairi Adli bin Ahmad Zakuan (19DMC14F1018)


Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi semua negara. Kesedaran tentang kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sejak awal tahun 1910-an apabila persidangan pertama dunia yang diadakan di Stockhlom, Sweden membincangkan tentang pencemaran alam sekitar kesan-kesan negetif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negetif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Umumnya pencemaran alam sekitar boleh ditangani dengan proses semula jadi tetapi apabila berada di tahap yang serius, pencemaran sukar untuk diatasi. Oleh itu, campur tangan semua pihak amatlah penting. Di negara-negara maju, pencemaran lebih banyak berlaku kesan daripada pembuangan bahan-bahan kimia. Bagi negara membangun pula, pencemaran lebih menjurus kepada bahan-bahan organik lain seperti sampah, najis dan sisa-sisa makanan. Hanya sedikit sahaja pencemaran daripada bahan kimia dihasilkan. Antara jenis pencemaran alam ialah pencemaran udara. 

Pencemaran Udara

Pencemara udara adalah kehadiran satu atau lebih substantif fizik, kimia, atau biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia, haiwan, dan tumbuhan menggangu estetika dan keamanan, atau merosakkan property. Pencemaran udara dapat ditimbulkan oleh sumber-sumber alami mahupun kegiatan manusia. Beberapa definisi gangguan fizik seperti polusi suara, panas, radiasi atau polusi cahaya dianggap sebagai polusi udara. Sifat alam udara mengakibatkan dampak pencemaran udara dapat bersiat langsung dan lokal, regional, mahupun global. Seterusnya pencemaran air. 

Pencemaran Air

Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti sungai laut dan air tanah akibat aktiviti manusia. Walaupun fenomena alam seperti gunung berapi, gempa bumi dan lain-lain juga mengakibatkan perubahan yang besar terhadap kualiti air. Pencemaran air dapat disebabkan oleh berbagai-bagai hal dan memiliki ciri-ciri yang berbeza-beza. Meningkatnya kandungan mengarah pada eutrofikasi. Sampah organik seperti air comberan(sewage) menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen pada air yang menerimanya kekurangan oksigen yang dapat merosakkan terhadap seluruh ekosistem. Industri membuang berbagai-bagai macam sisa-sisa ke dalam air seperti logam berat, toksin organik, minyak, nutrien dan padatan. Kemudian pencemaran haba atau terma. Pencemaran haba atau terma merupakan pencemaran yang di akibatkan oleh peningkatan suhu terutamanya dalam proses-proses industri. Pencemaran haba atau terma akan mengubah suhu air dan udara, yang seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap organisma akuatik. Sebagai contoh, haba yang dibebaskan dari jana kuasa, secara tidak langsung akan memanaskan air sungai. Ini akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan mengurangkan jumlah oksigen di dalam air. Akhir sekali, pencemaran tanah. 

Pencemaran Tanah

Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadi penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang diteroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan sebagai kawasan kilang. Selain itu, sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidak suburan tanih, akibat peningkatan keadaan tanih yang mana tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. Kesimpulannya sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak manusia semata-mata. Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi ini.

Artikel Ketiga (Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran)

By : Unknown

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

disediakan oleh : Mohamad Izzat bin Abdul Fatah (19DIP14F1012)

Komponen utama sistem kerajaan :

1.MAJLIS RAJA-RAJA

-dianggotai 9 sultan dan 4 gabenor atau Yang Dipertua Negeri
- bertindak memelihara hak istimewa orang Melayu.
- bersetuju / enggan bersetuju kepada mana-mana undang-undang atau memberi   nasihat   tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
cth jawatan: Ketua Hakim Negara, dua Hakim Besar, Hakim Mahkamah Agung, dua Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Audit Negara, ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan suruhanjaya bebas.
- memilih atau memecat YDP Agong dan Timbalan YDPA.
- Persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak.
- memikirkan polisi dan pembangunan negara.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui :
   apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan, kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja.
   apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh semenanjung Malaysia.

2.Badan pentadbiran


-dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan, kerajaan Negeri dan juga Tempatan.

 Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan
-Kabinet: menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara.
-Terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri - menteri Kabinet

Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri
- Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri : berkuasa melantik Menteri Besar/Ketua Menteri
- memperkenankan perlantikan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/Jemaah Menteri atas nasihat    Menteri Besar/Ketua Menteri.

- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) : Raja/Sultan/YDP Negeri perlu melantik seorang Ketua Menteri/Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
- tidak kurang daripada 4 orang ahli dari kalangan DUN.
-berperanan hampir sama seperti kabinet di peringkat persekutuan.


3.Badan perundangan :

definasi undang-undang
- merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial

 undang- bertullis dan tidak bertulis

Undang-undang bertulis
- sumber utama u di negara ini
- diluluskan oleh badan
- contoh
- perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
- akta - yang digubal oleh parlimen sejak september 1959
- enakmen – Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali negeri Sarawak
- ordinan – Undang-undang yang digubal oleh DUN Sarawak
- undang-undang yang digubal oleh Majlis Perundangan persekutuan antara 1946-1959
- undang-undang yang dibuat oleh YDA semasa perisytiharan darurat

Undang-undang tidak bertulis
- hanya digunakan jika tiada u bertulis dan tidak bercanggah dengan penerimaan masyarakat
- tidak diluluskan oleh badan perundangan
Contoh
- prinsip undang-undang lazim ( common law )
- keputusan mahkamah
- undang- Islam tidak bertulis
- Undang-undang adat ( Cina , India, Bumiputera , Perpatih , dan Temenggung
- Undang-undang Hindu


 Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
- ordinan u sivil dan jenayah diterima di TM sepenuhnya pada tahun 1956
- di Sabah dan Sarawak , Ordinan Undang-undang kecil dan Ordinan U Sawarak dan Sabah diterima mulai pada tahun 1922
- namun demikian Undang-undang adat kaum peribumi masih diakui di Sabah dan Sarawak iaitu masih wujud mahkamah bumiputera

Undang-undang Malaysia kini
- Undang-undang bertulis menjadi teras perundangan negara ini
- Undang-undang adat dan Undang-undang lazim digunakan jika tiada u bertulis yang meliputi perkara yang dipertikaikan
- fungsi Undang-undang tidak bertulis semakin berkurang kerana semakin banyak Undang-undang bertulis digubal
- Undang-undang bertulis mengamalkan doktrin duluan kehakiman

Common law (Undang-undang lazim )
- pada awalnya dipraktikkan di Britain
- hakim mengisytiharkan kewujudan undang-undang yang lazim terdapat dalam adat tempatan
- hakim biasanya merujuk kepada keputusan kes yang terdahulunya sebagaai panduan
- hal ini menggalakkan perkembangan doktrin duluan kehakiman
- common law bukan sumber undang-undang yang penting di negara ini
- ianya hanya digunakan apabila :
- tidak terdapat statut (Undang-undang bertulis ) tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan di mahkamah
- Peruntukan common law bersesuaian dengan kegunaan tempatan

Perundangan kecil
- digubal oleh kerajaan tempatan
- hanya sesuai bagi kegunaan tempatan
- kelemahan – mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh PBT dan tidak mempunyai kawalan yang berkesan

Undang-undang subsidiari
- ditetapkan oleh seseorang menteri
- menteri diberikan kuasa untuk membuat undang-undang itu dibawah sesuatu akta.

4.Badan kehakiman :

Mentadbir keadilan secara saksama
Tempat penyelesaian pertikaian
Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

Memerlihara hak warganegara daripada sebarang pencabulan oleh pihak kerajaan
Mengesah dan mentafsirkan sesuatu undang-undang

Badan Kehakiman (Judicirial)

adalah badan  yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini.
Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan
kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan.

Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terleatk di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan.
Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.
Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi. (Lihat rajah hirarki di negeri.)

Kehakiman merupakan satu BADAN hakim-hakim (body of judges) dalam satu sistem perlembagaan.
Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara dan negara lain.
Para Hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa atau autoriti yang diberikan kepada mereka.
Kuasa ini termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

DEMOKRASI BERPALIMEN :RAJA BERPERLEMBAGAAN(YDPA)

Ketua negara persekutuan
Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.


Pilihan Raya
Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihanraya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka di mana pilihan raya pertama Tanah Melayu telah diadakan pada tahun 1955.




Perlembagaan
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang memberikan jaminan kepada pemerintah dan rakyat dari segi perlindungan, kedudukan, hak dan sebagainya.

Corak Pemerintahan
Mengikut amalan demokrasi, corak pemerintahan di Malaysia berbentuk pengasingan kuasa. Dalam hal ini, setiap badan telah dibahagikan tugas masing-masing mengikut kuasa yang diberikan. Badan perundangan berkuasa untuk membentuk rang undang-undang, badan pentadbiran berkuasa untuk menjalankan perkara pentadbiran negara dan badan kehakiman berkuasa menjalankan kuasa keadilan.

Kebebasan Asasi
Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan tertentu seperti kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, kebebesan bergerak, larangan buang negeri dan sebagainya. Walau bagaimanapun kebebasan ini mempunyai had.

Kesimpulan


Pengamalan sistem demokrasi berparlimen mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini, ia telah mewujudkan suasana politik yang stabil.

Artikel Kedua (Perlembagaan Malaysia)

By : Unknown

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

disediakan oleh : Hamzah bin Ahmad Zubairi (19DIP14F1090)

Memberikan penjelasan bagaimana negara ini dibentuk. Menerangkan apa itu perlembagaan dan mengapa ianya perlu difahami. Memahami apa itu keistimewaan yang telah diperuntukkan kepada kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Sejarah perlembagaan Malaysia ini telah dirangka dan digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Hakim B. Malik dan Hakim Abdul Hamid pada tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Malaysia ,dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan, bahagian 2 - Kebebasan asasi, bahagian 3 – Kewarganegaraan, bahagian 4 – Persekutuan, bahagian 5 - Negeri-negeri, bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri, bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan, bahagian 8 – Pilihanraya, bahagian 9 – Kehakiman, bahagian 10 - Perkhidmatan awam, bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat, bahagian 12 - Am dan pelbagai, bahagian 13 - Peruntukan sementara, bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya, bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja. Pindaan perlembagaan Malaysia negara boleh dipinda apabila majoriti 2/3 bersetuju kepada pindaan tersebut dikedua-dua dewan di Parlimen. Perlembagaan negara telah dipinda lebih daripada 42 kali sejak selepas kemerdekaan. Menurut pakar perlembagaan negara Shad Saleem Faruqi: Setiap kali pindaan perlembagaan dibuat, & semangat sebenar dokumen tersebut telah dicairkan”.

Asas Perlembagaan Negara


Dewan Rakyat berperanan mengubal dan membahas rang undang-undang. Anggota Dewan Rakyat dipilih menerusi pilihanraya umum dimana mereka bertanding bagi kawasan Parlimen. Sehingga pilihanraya 2008 sebanyak 219 kerusi parlimen dipertandingkan bagi mengisi keanggotaan di Dewan Rakyat. Anggota Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Yang Berhormat. Dewa Negara berperanan membahas rang undang-undang yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat. Anggota Dewan Negara juga dikenali sebagai SENATOR adalah dipilih dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong seramai 40 orang. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengkhususkan bagaimana kerajaan pusat perlu melindungi kepentingan kaum Bumiputera dengan cara mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial , dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu. Kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Cina dan India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan. Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.Kedudukan kaum Bumiputera kini lebih baik kerana Artikel 153. Ramai Bumiputera sudah berjaya dalam pelbagai bidang. Namun begitu kejayaan ini masih belum boleh dibanggakan. Bumiputera perlu ubah pemikiran, sikap dan tindakan. Sikap sayangkan bangsa perlu ada pada pemimpin dan pentadbir kita. Jangan salahkan bangsa lain yang telah maju. Jangan terlalu bergantung kepada Kerajaan dalam segala hal. Tingkatkan semangat berdikari dan usaha untuk berjaya. Berikan sepenuh komitmen kepada tugas yang telah diamanahkan. Terus pertahankankandungan yang termaktub dalam Artikel 153.

 Perkara 152

Artikel Pertama (Kerajaan Melaka)

By : Unknown

KERAJAAN MELAKA

disediakan oleh : Amirul Safik bin Mohd Mislan (19DMC14F1037)

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

Parameswara


Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.



Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".
Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching telah tiba di Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada Maharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.
Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.


Soalan Uji Minda

By : Unknown
1. Antara organisasi berikut, yang manakah merupakan organisasi tertinggi dalam pembentukan dasar negara?




2. Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dasar ialah




3. Menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, YDPA bertanggungjawab untuk menjaga kedudukan istiwewa orang Melayu dengan mendapati nasihat daripada




4. Asas Perlembagaan Malaysia yang terbentuk pada hari ini adalah berdasarkan




5. Apakah majlis yang menasihati raja mengenai hal yang berkaitan dengan agama Islam?





Semak Jawapan
Soalan 1: Jawapan yang tepat adalah Kabinet.
Soalan 2: Jawapan yang tepat adalah Kementerian.
Soalan 3: Jawapan yang tepat adalah Jemaah Menteri.
Soalan 4: Jawapan yang tepat adalah Perlembagaan Tanah Melayu 1957.
Soalan 5: Jawapan yang tepat adalah Majlis Raja-raja.
Anda telah menjawab kesemua soalan dengan betul!

. Sejarah Malaysia

  • HEADING HERE

    PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN 1957
  • HEADING HERE

    PAHLAWAN TANAH MELAYU
  • HEADING HERE

    ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON
  • HEADING HERE

    PENENTANGAN MALAYAN UNION
  • HEADING HERE

    PERJUMPAAN PERTAMA RAJA-RAJA

- Hakcipta Terpelihara © DUB1012 Pengajian Malaysia @ PMS2014 - DUB1012 - Dibawa oleh Blogger - Disediakan oleh Hapiz Serap - Tugasan daripada Politeknik Muadzam Shah